14 HARI BERKEMPEN, ADLY AKUI TIDAK SEMPAT KEJAR SOKONGAN

Masa Membaca:49 Saat

BUKIT KATIL 14 November – Tempoh kempen selama 14 hari tidak mencukupi buat untuk merapatkan jurang sokongan pengundi yang jauh ketinggalan sejak awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.

Adly berkata, beliau menyedari kedudukan itu sejak awal, namun tetap berusaha mengejar sokongan pengundi sepanjang tempoh kempen berkenaan.

“Saya tidak terkejut kerana saya tahu daripada awal saya di belakang agak jauh, jadi saya cubalah kejar dalam tempoh 14 hari itu, tetapi tidak sempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Bukit Baru di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan perkiraan awal, PH ketinggalan sekitar 5,000 hingga 6,000 undi di Bukit Katil sebelum jurang berkenaan diterjemahkan menerusi keputusan pengundian.

“PH akan berusaha menambah baik prestasi dan memperkukuh gerak kerja parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang dijangka berlangsung dalam tempoh setahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

232
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN RASMI BENTUK KERAJAAN NEGERI, MENANG 15 KERUSI – SPR
Next post PRN MELAKA: KEMENANGAN BN-PN JADI TITIK MULA SATUKAN RAKYAT MELAKA