PRN MELAKA: BN-PN SETUJU AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 14 November – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersetuju menamakan Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Melaka sebagai Ketua Menteri bagi penggal baharu.

Persetujuan itu dicapai susulan kejayaan gabungan BN-PN memperoleh majoriti dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dipersetujui bersama oleh kedua-dua gabungan berkenaan bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan pentadbiran negeri.

Beliau berkata, watikah pencalonan Ab Rauf akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam malam ini juga.

Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara sebelum ini menerajui Kerajaan Negeri sejak Mac 2023.

Pada PRN Melaka Ke-16, BN-PN memperoleh 24 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus memperoleh majoriti bagi membentuk Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN MENANG BESAR, KUASAI 24 DARIPADA 28 KERUSI DUN