PRN MELAKA: COMMAND CENTER BN JADI TUMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH, 14 November – Command Center Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam ini, menjadi tumpuan penyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 secara langsung.

Keputusan semasa pengiraan undi bagi kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipaparkan menerusi siaran langsung yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

Turut hadir mengikuti perkembangan keputusan PRN Melaka Ke-16 ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan serta beberapa kenamaan lain.

Command Center itu turut menjadi tumpuan pengamal media yang berkumpul bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan terkini keputusan pilihan raya berkenaan.

Berdasarkan keputusan semasa, BN mendahului dengan kemenangan di 15 kerusi antaranya DUN Tanjung Bidara, Sungai Udang, Asahan, Lendu, Telok Mas dan Rim.

Turut mendahului kiraan DUN Kuala Linggi; Ayer Limau, Taboh Naning dan Sungai Rambai, Machap Jaya, Merlimau dan Gadek.

Keputusan rasmi PRN Melaka Ke-16 dijangka diumumkan secara rasmi pada jam 9 malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

287
Kongsi :
Previous post DUA KEMENANGAN HADIAH BUAT EMPAT PELAJAR UITM JASIN
Next post PRN MELAKA: KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN-PN PEROLEH MAJORITI MUDAH MENANG 18 KERUSI DUN