Agihan bantuan makanan secara ‘food bank’, elak orang ramai berkumpul

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

AYER KEROH 4 Julai – Agihan bantuan secara bank makanan adalah dibenarkan dengan syarat ia dijalankan tanpa membabitkan orang ramai berkumpul di sesuatu lokasi penganjuran.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika menjelaskan perkara itu berkata, aktiviti pengagihan itu juga wajib mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, sehubungan itu penganjur boleh berhubung dengan bilik gerakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau MKN untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan berhubung aktiviti atau program bantuan makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengelakkan kekeliruan.

Katanya, penjelasan itu susulan laporan diterima pihaknya bahawa terdapat aktiviti pengagihan barangan makanan menyebabkan orang ramai berkumpul di sebuah medan selera di Malim.

KETUA Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.”Menerusi pemantuan Pematuhan SOP 3.0 pihak polis pada 1 Julai lalu jam 3.50 petang, mendapati orang ramai beratur di kami lima di sebuah medan selera di Plaza Pandan, Malim berikutan terdapat aktivti pengagihan barangan makanan.

“Pihak polis telah memberi nasihat agar penganjur menghentikan aktiviti pembungkusan dan pengagihan itu kerana ia menyebabkan orang ramai berkumpul serta menjurus kepada program penyampaian secara bersemuka dan bukannya diagihkan secara konsep bank makanan.

“Penganjur memahami setelah diberi nasihat supaya mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Daerah ataupun Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu jika ingin menyampaikan sumbangan makanan dan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AKTIVITI agihan sumbangan makanan mengundang orang ramai berkumpul beramai-ramai di sebuah medan selera di Plaza Pandan, Malim.

Beliau mengulas hantaran di Facebook rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin yang mempersoalkan bahawa kebenaran diperlukan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada rakyat terkesan pandemik COVID-19 dan berharap kerajaan mempermudahkan urusan itu.

Afzanizar berkata, penganjur terbabit juga memaklumkan akan meneruskan aktiviti bantuan makanan pada hari berikutnya selepas Allex Seah hadir dalam perbincangan itu.

“Di akhir perbincangan pihak polis sekali lagi memberi nasihat penganjur supaya dapatkan kebenaran kepada pihak terlibat terdahulu jika ingin menyampaikan sumbangan bukan secara food bank

“Tiada sebarang tangkapan atau kompaun dikeluarkan pihak polis,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

835
Kongsi :
Previous post Bakul makanan menerusi PEMULIH mula diagih di Melaka
Next post Moratorium LPPSA: Lihat penjawat awam dalam konteks isi rumah, bukan individu
Ubah saiz-+=