Agong belanja Ebit Lew makan ikan patin

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 13 Jan. – Penceramah popular, Ustaz Ebit Lew meluahkan perasaan terharunya apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membelanjanya dan pasukan makan menu ikan patin di Temerloh, Pahang hari ini.

Menurut Ebit, insiden itu berlaku ketika mereka melakukan misi bantuan mangsa banjir.

“Terharu sebak sangat. Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

“Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

EBIT Lew berkongsi perasaannya bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di FBnya hari ini.

Menurut Ebit, dia berasa sangat malu apabila dilayan Al-Sultan Abdullah dari mula hingga selesai hidangan malah dimintanya membacakan doa sebelum makan.

“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.

“Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami.

“Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” katanya.

Views:

1053
Kongsi :
Previous post Kilang ais berdepan denda RM100,000, abai kebajikan kediaman pekerja asing
Next post Bantuan kembali ke sekolah MAIM lanjut hingga 9 Julai depan
Ubah saiz-+=