Ajal langgar kambing

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ALOR GAJAH 28 Februari – Penunggang motosikal maut akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas terlanggar dua ekor kambing dalam kejadian di Jalan Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa Muhammad Fahmi Aqil Hasim, 18, kakitangan sebuah chalet di Tanjung Serai, terletak berhampiran disahkan maut di lokasi kemalangan oleh pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan.

Photo 2022 10 28 15 55 49
SUPERINTENDAN Arshad Abu

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Arshad Abu berkata, terdahulu mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Kampung Nelayan, Kuala Linggi menghala ke tempat kerjanya.

“Berdasarkan siasatan dijalankan, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa terlanggar dua ekor kambing ketika melalui tempat kejadian.

“Akibat terlanggar ternakan berkenaan, motosikal mangsa terbabas ke dalam longkang di sebelah kanan jalan lalu merempuh tiang elektrik. Mangsa dipercayai tercampak dan mayatnya ditemui dalam kawasan semak,” katanya.

Arshad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

Whatsapp Image 2024 02 28 At 5.03.00 Pm
SEKITAR lokasi kemalangan mengorbankan penunggang motosikal berusia 18 tahun.

“Motosikal mangsa kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut.

“Kami meminta kerjasama pengguna jalan raya menyaksikan kejadian agar tampil segera bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Whatsapp Image 2024 02 28 At 5.03.43 Pm
MOTOSIKAL ditunggang mangsa terbabas ke dalam longkang

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1693
Kongsi :
Previous post Keputusan pengecualian kenaikan SST bagi bil elektrik dan air belum dimuktamadkan – Fadillah
Next post Pemilik gagal jaga kebersihan luar premis, MBMB keluarkan tujuh notis
Ubah saiz-+=