Pemilik gagal jaga kebersihan luar premis, MBMB keluarkan tujuh notis

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 28 Februari – Tujuh notis kesalahan dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) keatas pemilik yang didapati gagal menjaga kebersihan sekitar premis perniagaan masing-masing.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, operasi Penguatkuasaan Kawal Selia bilangan satu pada 2024 itu dijalankan sekitar Taman Perindustrian Krubong, semalam.

Katanya, operasi yang dijalankan Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB itu bertujuan mengesan premis gagal menjaga atau memastikan persekitaran berada dalam keadaan bersih.

“Kami mengeluarkan tujuh notis yang antaranya adalah Notis Pemberitahuan Kesalahan Di Bawah Seksyen 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Seksyen 74, Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976.

“Kesemua notis itu berjumlah RM3,250 dan ianya perlu dijelaskan oleh pemilik premis dalam tempoh ditetapkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, pemilik premis perlu menjaga kebersihan dalam bangunan dan luar premis perniagaan bagi pengindahan kawasan sekitar.

“Operasi ini dijalankan secara berkala sekitar kawasan pentadbiran MBMB ia bagi memastikan gerai atau premis perniagaan berada dalam keadaan yang bersih serta selesa.

“Dalam operasi yang diadakan, kita dapati ada antara kawasan luar premis seakan tidak terjaga apabila dibiarkan dengan peralatan lama serta terdapat juga kaki lima yang tidak bersih,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

721
Kongsi :
Previous post Ajal langgar kambing
Next post 40 artifak kewujudan Hang Tuah dipamer Mei ini – KM
Ubah saiz-+=