Aktif temui komuniti Cina

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BUKIT BARU 13 November – “Alhamdulillah penerimaan komuniti Cina sangat positif dan mereka memberikan peluang kepada saya khususnya Barisan Nasional (BN) untuk menerajui Parlimen Hang Tuah Jaya kali ini”.

Itu perkongsian calon Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali semasa melakukan lawatan bertemu masyarakat Cina di kawasan Ayer Keroh dan Bukit Katil hari ini.

Beliau berkata rata-rata masyarakat Cina mahukan pemimpin yang sentiasa aktif turun padang bertemu mereka tidak mengira masa.

“Alhamdulillah hari ini aktiviti saya penuh sejak Subuh tadi, sebentar tadi saya berjumpa dnegan ahli-ahli persatuan penduduk Taman Harta Pertama untuk dapatkan pandangan dan sokongan mereka.

“Banyak perkongsian daripada penduduk yang mahukan infrastruktur yang lebih baik apabila berlaku banjir di kawasan mereka.

“Sudah tentu ini menjadi antara fokus utama saya jika diberikan peluang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, mereka memberi respon positif kepada saya dan BN untuk selesaikan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) semasa melawat Persatuan Penganut Ti Chu Kong Teng di Taman Harta Pertama, Jalan Paya Ikan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Ridhwan berkata setakat hari ini beliau menerima respon positif daripada pelbagai masyarakat setiap kali turun padang

“Dalam tempoh berkempen secara puratanya respon daripada masyarakat samgat baik dan mereka teruja melihat suasana pilihan raya ini.

“Bila kita bercakap dengan mereka ramai menyatakan sokongan secara terbuka dan respon itu positif, kita dapat rasakan ‘warm welcome’ (sambutan hangat) daripada setiap individu yang kita jumpa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau akan memastikan segala perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan di negeri ini dapat dinaiktaraf bagi memudahkan penduduk di parlimen Hang Tuah Jaya khususnya warga emas mendapatkan rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1055
Kongsi :
Previous post 44 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS
Next post Bayi maut: 15 pokok rhu di Pantai Puteri ditebang
Ubah saiz-+=