
Aliran trafik meningkat, perlahan di lebuh raya utama menuju Lembah Klang
KUALA LUMPUR, 5 Feb – Aliran trafik yang meningkat dan perlahan dijangka berlarutan sehingga tengah malam ini atau awal pagi esok di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata setakat 4.30 petang tadi, trafik perlahan di laluan ke arah barat di Bentong Timur menuju ke Bukit Tinggi dan laluan sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
“Kesesakan turut dilaporkan dari arah selatan dari RNR (kawasan Rehat dan Rawat) Tapah ke Bukit Beruntung, dan dari arah barat ke arah ibu kota di laluan Bentong Timur ke Plaza Tol Bentong,” katanya,
Selain itu aliran trafik juga didapati perlahan di laluan selepas Plaza Tol Bentong ke Lentang terus ke Bukit Tinggi berikutan jumlah kenderaan yang meningkat di jalan raya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
OPERASI PEMBENIHAN AWAN SIRI 2 BANTU TANGANI KEKURANGAN AIR MELAKA
AYER KEROH 20 April - Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 2 telah digerakkan bagi menangani isu kekurangan sumber air di...
FASA PERTAMA KOMPLEKS WARISAN JAWA MELAKA SIAP HUJUNG TAHUN INI
AYER MOLEK 20 April - Fasa pertama pembinaan Kompleks Warisan Jawa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek telah diluluskan...
WIFI PERCUMA RAPATKAN JURANG DIGITAL ORANG ASLI ASAHAN
ASAHAN 20 April - Kira-kira 500 penduduk di empat Kampung Orang Asli (KOA) bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan kini...
‘NGOCA’ DIANGKAT TARIKAN PELANCONGAN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 20 April - Acara mengoca berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk tarikan dalam usaha memperkasa industri pelancongan luar bandar...
DILEMA BANJIR LALUAN TEBONG-TAMPIN BERAKHIR
ASAHAN 20 April - Jalan menghubungkan Tebong-Tampin kini siap dinaik taraf menjadi penyelesaian kepada masalah banjir yang kerap meneggelamkan laluan...
PIDATO RUKUN NEGARA SASAR LEBIH RAMAI PENYERTAAN ORANG ASLI, BUKAN MELAYU
SERI NEGERI 20 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
