
Aliran trafik Plaza Tol Ayer Keroh lancar
AYER KEROH 11 Okt. – Aliran trafik di pintu masuk Plaza Tol Ayer Keroh berjalan lancar dan agak lengang biarpun kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri berkuat kuasa hari ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) pada jam 11.30 pagi tadi mendapati tiada kesesakan luar biasa berlaku di tol berkenaan berbanding sebelum ini berikutan sekatan jalan raya (SJR) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan bermula tengah malam tadi.
Selain itu khemah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dialihkan meskipun tiada anggota keselamatan bertugas di kawasan berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan perjalanan rentas negeri berkuat kuasa hari ini.
Kebenaran itu bagaimanapun diberikan kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF
AYER MOLEK 24 Mac - Sejumlah RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan asnaf setiap tahun, kata Exco Pendidikan,...
NAIK ‘BOT KUDA BELANG’ DAPAT DISKAUN MASUK ZOO MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Mac - Zoo Melaka menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu tiket kemasukan kepada pengunjung yang menaiki bot...
ISU LAMBAKAN SAMPAH AIDILFITRI DI BANDARAYA MELAKA TERKAWAL – MBMB
PAYA RUMPUT 24 Mac - Isu lambakan sampah sekitar Bandaraya Melaka sepanjang Aidilfitri tahun ini berjaya dikawal meskipun berlaku peningkatan...
KISAH TULAR PAGI SYAWAL UNDANG SEBAK, RAIS CAKNA HULUR BANTUAN
PAYA RUMPUT 23 Mac - Saat ramai bergembira menyambut Aidilfitri dengan pakaian baharu dan juadah istimewa, seorang bapa dari di...

