Ahli Parlimen boleh tanggal pelitup muka ketika berbahas-Azhar

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 11 Okt – Ahli Parlimen hanya dibenarkan membuka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat, demikian dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata keputusan itu dicapai setelah mendapat pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaksanakan penilaian risiko di Parlimen.

“Bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas berucap,” katanya dalam pemakluman di Dewan Rakyat, hari ini.

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Melalui ujian saringan RTK Antigen dan RT-PCR, Azhar berkata, tiada individu dalam pekarangan Parlimen yang didapati positif COVID-19 sepanjang persidangan kali ini.

Pada 14 Sept lepas, Azhar berkata semua Ahli Parlimen tidak dibenarkan menanggalkan pelitup muka ketika bercakap atau berbahas serta menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda.

Ia berikutan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di bangunan Parlimen bagi mengekang penularan wabak COVID-19 serta memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan dengan selamat.

Berikutan kebenaran menanggalkan pelitup muka itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021, tanpa memakai pelitup muka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

577
Kongsi :
Previous post Aliran trafik Plaza Tol Ayer Keroh lancar
Next post Seorang lelaki tempatan dikhuatiri jatuh laut- APMM Selangor
Ubah saiz-+=