
Aliran trafik Plaza Tol Ayer Keroh lancar
AYER KEROH 11 Okt. – Aliran trafik di pintu masuk Plaza Tol Ayer Keroh berjalan lancar dan agak lengang biarpun kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri berkuat kuasa hari ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) pada jam 11.30 pagi tadi mendapati tiada kesesakan luar biasa berlaku di tol berkenaan berbanding sebelum ini berikutan sekatan jalan raya (SJR) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan bermula tengah malam tadi.
Selain itu khemah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dialihkan meskipun tiada anggota keselamatan bertugas di kawasan berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan perjalanan rentas negeri berkuat kuasa hari ini.
Kebenaran itu bagaimanapun diberikan kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...

