Alor Gajah perlu tarikan pelancongan baharu, gamit pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

ALOR GAJAH 13 Sept – Tarikan pelancongan baharu perlu diwujudkan di Alor Gajah bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri, sekali gus menjana semula ekonomi di kawasan terbabit.

Peniaga, Ridzuan Rosman,30, berkata pelbagai tarikan perlu dirancakkan khususnya dalam kawasan pekan Alor Gajah yang sebelum ini menjadi tumpuan pengunjung luar.

Katanya, langkah itu dilihat mampu merancakkan semula aktiviti pelancongan di kawasan yang menjadi mercu tanda daerah itu setelah sekian lama sunyi akibat pandemik COVID-19.

“Kita perlu fikir pelbagai lagi tarikan untuk tarik orang datang ke kawasan ini terutama pada waktu malam yang sebelum ini meriah namum semakim sunyi sepi.

“Kita harap pelbagai tarikan seperti aktiviti pelancongan dan jualan boleh dilaksanakan di kawasan ini terutama pada waktu malam.

“Malah sebagai peniaga juga saya harap akan ada pelbagai bantuan dihulurkan dari pelbagai pihak bagi menbantu kami menjana semula pendapatan di kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

RAFEAH.

Sementara itu, Rafeah Yaacob, 52, mengakui kawasan banda Alor Gajah semakin kurang menerima kunjungan berikutan kurangnya tarikan di kawasan itu.

Dia yang hampir lapan tahun menjadi tukang bersih di Dataran Keris merindukan suasana meriah sebelum penularan pandemik COVID-19 melanda negara.

“Dahulu Dataran Keris ini kawasan tumpuan utama kerana pelbagai aktiviti dijalankan dari jualan murah hinggalah pelbagai persembahan bagi menarik orang ramai ke kawasan ini.

“Dari sudut pelancongan kita harap kerajaan perlu laksanakan satu kaedah bagaimana untuk menghidupkan semula kawasan ini,” katanya.

NORAZURA.

Norazura Mustaffa,35, pula berharap kerajaan dapat laksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan menaik taraf kawasan itu pada masa akan datang.

“Penambahbaikan juga perlu terancang dan dilaksanakan dengan lebih baik kerana ramai yang menyatakan memohon untuk membina pasar raya di kawasan ini agar tidak tertumpu di Masjid Tanah.

“Namun, hal itu memerlukan perancangan terbaik kerana kita tidak mahu ada kerosakan di kawasan sedia ada,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1093
Kongsi :
Previous post Transformasi Parlimen perlu ada perincian menyeluruh- Adly
Next post PM seru ahli parlimen rapat saf demi negara dan rakyat
Ubah saiz-+=