PM seru ahli parlimen rapat saf demi negara dan rakyat
Beliau berkata ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini, yang meminta semua pihak hendaklah mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.
“Menjunjung titah Tuanku, inilah semangat yang dibawa dalam Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan untuk mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Ismail Sabri juga berharap persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Kesembilan.
Persidangan Parlimen bermula hari ini di mana persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Okt manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Okt depan.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA NIGHT LIFE: LEBIH 10,000 TERPUKAU AKSI ABANG POLIS
BANDA HILIR 15 Disember - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Persiaran Jalan Merdeka bagi menyaksikan program Melaka Night Life Sempena Program...
MELAKA OPTIMIS PASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, NEGERI TERPELIHARA
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Kerajaan Melaka optimis memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama...
BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Bangunan bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, akan dibangunkan sebagai Muzium Polis Diraja...
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...