
Anak jati Tanjung Bidara sumbang pingat gangsa untuk Melaka
AYER KEROH 17 Ogos – Atlet berbasikal Melaka, Muhammad Hafiq Mohd Jafri berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, hari ini.
Pingat itu disumbang menerusi acara berbasikal bagi kategori Kriterium lelaki.
Bapa angkat sukan berbasikal SUKMA Melaka Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kejayaan itu disifatkan cukup membanggakan bagi seorang atlet muda berusia 19 tahun itu.
“Tok Ajak bangga dengan Hafiq Jafri, tapi sudah pasti yang paling bangga ialah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memandangkan Hafiq Jafri merupakan anak jati Tanjung Bidara.
“Hafiq Jafri baru sahaja menyumbang pingat gangsa buat negeri Melaka dalam SUKMA Sarawak 2024 menerusi acara berbasikal lebuhraya bagi kategori Kriterium,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, Abdul Razak hadir menyaksikan acara tersebut yang berlangsung di Politeknik Kuching, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad Nasrul Ahmad.
Menara Taming Sari merupakan jabatan angkat sukan berbasikal Melaka bagi temasya SUKMA kali ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
