ANAK MELAKA PERLU BANGGA, NEGERI INI LAIN DARIPADA YANG LAIN

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 5 September – Rakyat Melaka perlu berbangga menjadi anak negeri ini kerana Melaka mempunyai keunikan tersendiri selain terus berkembang sebagai antara pusat industri, inovasi dan pelaburan penting di rantau ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kedudukan strategik Melaka di serta kekuatan sektor pelancongan, industri dan pelaburan menjadikan negeri itu mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dihargai rakyat.

“Kita kena bangga jadi orang Melaka sebab Melaka ini lain daripada yang lain. Saya bawa jet pejuang melintas Melaka sempena Hari Kebangsaan. Negeri lain tidak ada, Melaka ada.

“Kerana kita menggunakan sedaya upaya untuk melestari Melaka. Kenapa Melaka? Dari sudut geografi, kita berada di tengah-tengah dan kita berusaha memposisikan Melaka sebagai sebuah negeri yang cukup berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Townhall Bersama Anak Muda sempena Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Penyelaras Karnival Anak Muda Negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kedudukan Melaka sebagai pusat rujukan dengan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki bumi bersejarah ini.

“Kita azamkan slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat. Bersama saya, kita majukan Melaka agar negeri ini terus gemilang dan menjadi pusat rujukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

686
Kongsi :
Previous post MELAKA AKAN PASTIKAN ‘ADA PINGGAN UNTUK RAKYAT MAKAN’
Next post MELAKA NEGERI KECIL, TAPI JADI PILIHAN INDUSTRI BERNILAI TINGGI