
Anggota tentera maut kemalangan di Kota Tinggi
JOHOR BAHRU, 8 Mac – Seorang anggota tentera maut, manakala empat cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai dekat Kota Tinggi, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata ketika kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kesemua mereka dari Pos Tanjung Leman, Mersing sedang menuju ke Pos Tanjung Sepang, Pengerang.
“Siasatan awal mendapati punca kemalangan yang berlaku dipercayai gagal memotong dan akibatnya, seorang anggota tentera telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Selain itu, mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Anggota yang maut berusia 23 tahun, manakala empat yang lain berusia 22 hingga 38 tahun.
Hussin berkata buat masa ini, pihak polis masih lagi dalam peringkat siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kematian anggota tentera akibat kemalangan yang berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan lalu lintas di jalan raya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...

