Anggota tentera maut terbabit kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 13 Julai – Seorang anggota tentera maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Selandar – Batang Melaka, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu mangsa Mohamad Hisham Ismail, 30, meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah kereta iaitu Proton Saga FLX dipandu mangsa dan Proton Waja dipandu lelaki berusia 57 tahun.

Beliau berkata, sebelum kemalangan mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Selandar menghala ke Batang Melaka.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian.

“Akibatnya kenderaan terbabit kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan dalam keadaan melintang,” katanya.

Hasan Basri berkata, Proton Waja yang kebetulan melalui lokasi kejadian dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal di lokasi kejadian dan pemandu Proton Waja cedera parah di beberapa bahagian badan.

“Mangsa dibawa keluar dengan bantuan pasukan bomba sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kedua- dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi siasatan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Views:

734
Kongsi :
Previous post PARLIAMENT: Azhar Harun is new Dewan Rakyat Speaker
Next post Covid-19: Melaka kembali ke Zon Kuning
Ubah saiz-+=