‘Anuar Kari Bangsar’ dah sampai Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 16 Mac – Ikon kari kepala ikan Bangsar, Kuala Lumpur, Bangsar Fish Head Corner membuka cawangannya yang pertama di Negeri Melaka, di Jalan Bendahara, di sini.

Popular dengan nama ‘Anuar kari’, ‘kari padu’ dan ‘kari bawah pokok’ pembukaan cawangan itu dianggap bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan lagi produk pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pemilik Bangsar fish head corner Datuk Taufik Ismail Moideen berkata, sejak dibuka di Bangsar hampir 40 tahun lalu, pihaknya menawarkan hidangan pada harga yang amat berpatutan.

“Sekarang ini bagi hidangan sepinggan nasi, ayam goreng dan sayur harga cuma RM5 jika pesan air tambah RM1. Memang menjadi hasrat kami berniaga sambil berzakat.

“Sementara itu bagi kari kepala ikan pula bergantung kepada jenis ikan dan saiz seperti ‘jumbo’, A+, A , B dan C. Sekarang ini peminat kari tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur boleh singgah ke premis kami di sini, kualiti masakan, rasa dan harga memang sama,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu perasmian cawangan Bangsar fish head corner itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berharap pembinaan cawangan Bangsar Fish Head Corner di Jalan Bendahara itu akan membantu menyemarakkan lagi sektor pelancongan Negeri Melaka khususnya sepanjang TMM2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8843
Kongsi :
Previous post Satria Melaka bantu mangsa banjir Batu Pahat
Next post MAQIS Kuala Linggi pintu masuk bekalan ikan, udang negara jiran
Ubah saiz-+=