Sorting by

×

MAQIS Kuala Linggi pintu masuk bekalan ikan, udang negara jiran

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LINGGI 16 Mac – Pelabuhan Kuala Linggi, di sini, menjadi pintu masuk bagi membawa bekalan makanan dari Indonesia.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang tahun lalu, sebanyak RM11 juta nilai dagangan pertanian dan agro makanan dari negara jiran itu telah direkodkan di pelabuhan berkenaan.

Jelas kenyataan itu, ia melibatkan bekalan pelbagai jenis ikan dan udang.

“Pada tahun lalu juga, MAQIS Kuala Linggi juga telah berjaya merekodkan dan menerima RM82,000 kutipan hasil.

“Fokus MAQIS pada masa kini juga adalah selari dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang memberi tumpuan terhadap jaminan sekuriti makanan kepada semua rakyat Malaysia.

“Berikutan Pelabuhan Kuala Linggi telah di wartakan sebagai pintu masuk di bawah Akta 728 yang membolehkan kawasan tersebut membawa masuk bekalan makanan dari negara jiran iaitu Indonesia,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menyebut MAQIS akan terus komited bersama agensi penguatkuasaan lain di pintu masuk bagi kawalan biosekuriti dan keselamatan makanan.

Ia turut membabitkan kawalan penyakit serta risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

“MAQIS sebagai benteng utama menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara akan terus tegas menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang negara.

“Ia bagi memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan lain-lain dapat dibendung serta dikawal di semua pintu masuk negara demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2137
Kongsi :
Previous post ‘Anuar Kari Bangsar’ dah sampai Melaka
Next post Masyarakat lebih terbuka terima bekas penghuni penjara
Ubah saiz-+=