Satria Melaka bantu mangsa banjir Batu Pahat

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 16 Mac – 100 peserta mewakili Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Melaka akan menyertai misi pasca banjir di Batu Pahat, Johor,  pada Ahad ini.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, program itu merupakan inisiatif mobilisasi sukarelawan Melaka bagi membantu mangsa memulakan semula kehidupan pasca banjir.

“Peserta akan bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan aktiviti sokongan sosial di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), agihan bantuan, membaiki kenderaan serta peralatan elektrik.

“Program dikendalikan Bahagian Rakan Muda bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor itu akan disertai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abd Halim,” katanya.

WhatsApp Image 2023-03-16 at 4.23.04 PM (1)
ANTARA sukarelawan Melaka akan ke Batu Pahat, Johor, Ahad ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Gimik ‘Flag Off’ Skuad Pasca Bencana Satria Negeri Melaka disempurnakan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Khairul Adri Rosli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1284
Kongsi :
Previous post Melaka lokasi kajian pelan strategik pengangkutan awam – KM
Next post ‘Anuar Kari Bangsar’ dah sampai Melaka
Ubah saiz-+=