Sorting by

×

‘ANUGERAH INI SATU AMANAH, HADIAH UNTUK ORANG SUNGAI RAMBAI’

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Datuk Faizah Abd Azis menganggap Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) diterima sebagai satu amanah dan tanggungjawab berat perlu dipikul dengan sebaiknya.

Siti Faizah yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Melaka itu juga dianggap sebagai hadiah untuk semua penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

“Anugerah ini bukan untuk dibanggakan sebaliknya amanah untuk saya berkhidmat dan berbakti dengan lebih baik lagi selepas ini.

“Malah ia juga hadiah untuk penduduk DUN Sungai Rambai yang sentiasa menyokong saya dalam membangunkan Sungai Rambai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini hari ini.

Terdahulu pada istiadat sama selain Siti Faizah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, menjadi antara 69 individu menerima anugerah D.P.S.M membawa gelaran Datuk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1524
Kongsi :
Previous post ‘ANUGERAH INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT’
Next post KESETIAAN LEBIH TIGA DEKAD BERSAMA SAMB DIIKTIRAF