Anugerah Seri Melaka iktiraf anak jati Melaka berjasa

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

KESIDANG 25 Januari – Anak jati Melaka dipelawa menyertai Anugerah Seri Melaka (ASM) yang julung kali diadakan sebagai menghargai jasa dan sumbang bakti di peringkat kebangsaan mahupun di persada dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), Prof. Dr. Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah berkata, penyertaan bagi anugerah itu telah dibuka bermula 2 Januari lalu dan akan ditutup pada 31 Mac ini.

“Ini adalah cetusan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk mengenang sumbangan, jasa dan bakti anak Melaka dalam pelbagai sektor serta mencipta nama di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

“Ada empat kategori pencalonan iaitu perkhidmatan awam, kategori korporat atau usahawan, kategori seni budaya dan kategori sukan. Penyertaan ini terbuka kepada semua anak kelahiran Negeri Melaka.

“Bagaimanapun setakat ini kita telah menerima sebanyak 15 penyertaan bagi kategori perkhidmatan awam, manakala lain-lain kategori ada lima ke enam penyertaan diterima,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di pejabatnya di Batu Berendam di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd Ainuddin berkata penjurian akan dibuat pada bulan April dan Mei bagi memilih calon yang layak untuk diberikan anugerah pada hari majlis diadakan.

“Pertengahan bulan Julai adalah hari anugerah tersebut akan disampaikan, jadi kepada sesiapa yang mempunyai sumbang bakti luar biasa dialu-alukan untuk sertai untuk anugerah ini.

“Kepada yang berminat boleh mengimbas kod QR yang tertera di poster ASM atau melayari laman sesawang rasmi untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan serta anugerah yang ditawarkan.

“Pautan Laman Sesawang Anugerah Seri Melaka: https://www.asm-melaka.my/ https://www.asm-melaka.my/ https://www.asm-melaka.my/,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

771
Kongsi :
Previous post Kawasan rekreasi Semabok Perdana bakal jadi tumpuan
Next post Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dalam parit
Ubah saiz-+=