
Anwar kemuka usul bincang pembongkaran skandal 1MDB
KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul membincangkan pembongkaran amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan institusi khasnya Bank Negara (BNM) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini memaklumkan usul itu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun susulan keterangan bekas Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata usul itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Azhar ketika dihubungi mengesahkan pejabatnya telah menerima pemberitahu bersurat mengenai usul berkenaan.
“Pejabat saya telah menerima (pemberitahu bersurat) usul…saya masih belum putuskan (status usul sama ada diterima atau ditolak),” katanya ringkas kepada Bernama.
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan persidangan hari pertama bermula esok.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...

