Sorting by

×

APM rakan strategik bantu tingkat peranti AED

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjadi rakan strategik Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) bagi membantu usaha memperbanyakkan peranti defibrilator luaran automatik (AED) di negeri ini.

Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, ia merupakan satu penghargaan untuk APM Melaka kerana diberikan kepercayaan oleh MDDNM untuk menjadi pelopor menyediakan peranti berkaitan kesihatan awam.

“APM khususnya di Melaka berterima kasih atas penghormatan ini, pada masa sama kita mahu Melaka menjadi pelopor kepada serata negara menerusi ‘Sustainable Melaka Heart Safe Programme’.

“Kewujudan AED ini sangat berguna terutama dalam segmen kesihatan awam.

“Sebab itu kita semua berada di sini untuk pastikan bahawa program ini tidak atas kertas sahaja tetapi dapat menyampaikan mesej apabila ia melibatkan masyarakat, komuniti dan sudah tentu barisan kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Media MDDNM : Pemasangan AED di Sekitar Negeri Melaka disebuah hotel di Ayer Keroh, hari ini.

JAHAYA bergambar bersama agensi yang terlibat pada sidang media tersebut.

Hadir sama Presiden MDDNM, Datuk Wira Jahaya Mat; Timbalan Presiden MDDNM danDatuk Wira Dr Ahmad Zaini Mohd Amin.

Untuk rekod, peranti AED diwujudkan bagi membantu memudahkan pekerja dan masyarakat sekiranya berlaku serangan jantung secara tiba-tiba (SCA) di mana-mana kawasan.

Ia merupakan peranti bantuan kecemasan untuk menyelamatkan mangsa kejadian ‘Out of Hospital Cardiac Arrest’ (OHCA) yang sangat rendah sebelum mendapat bantuan pakar perubatan dari ambulans dan hospital.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

949
Kongsi :
Previous post Melaka meterai pelaburan RM5 bilion, bukti jadi destinasi pilihan pelabur
Next post Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19
Ubah saiz-+=