Arnab ‘terapi’ PKP

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

TANJUNG BIDARA 14 Julai – Arnab antara haiwan peliharaan mampu berfungsi sebagai ‘terapi’ minda selain kucing.

Tidak hairan seorang bapa sanggup membelanjakan RM500 bagi membeli enam arnab untuk anaknya bermain dan menghilangkan rasa bosan terperap di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Huzair Baharin, 32, berkata, sebelum PKP 3.0 dia dan isteri sering membawa anak tunggalnya , Aleesya Sofia,7, bersiar-siar di pantai peranginan dan pelbagai tempat menarik di bandar raya Melaka.

“Namun, sejak PKP 3.0 bermula, peluang itu tidak ada lagi dan ia menyebabkan anak saya kebosanan dan bagi menghilangkannya, saya belikan enam arnab untuk dia bermain.

“Arnab itu dibeli di pusat pembiakan arnab di Gelang Patah, Johor,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tinggi, di sini.

SEPUPU Aleesya Sofia, Nazirah Yaakob, 24, mempamerkan arnab di kediaman Huzair di Kampung Bukit Tinggi, Masjid Tanah.

Dia berkata, Aleesya dan sepupunya, Mohd Norfahimi Noor Azally, 9, amat ceria bermain dengan tiga arnab dewasa dan tiga anak arnab.

Katanya, haiwan jinak itu diberi makan lobak, kangkung dan sedikit nasi bagi memastikan ia cergas bergerak dan membesar dengan baik.

“Saya kasihan melihat anak asyik bermain video yang kadang kala membuatkan dia bosan, jadi saya belikannya arnab supaya hatinya terhibur,” katanya.

Dia berkata, seekor arnab bernilai RM70 dan sangkar yang bernilai kurang RM100 membolehkan haiwan itu bergerak bebas di dalamnya.

Bagaimanapun, dia tidak berhasrat menambah bilangan arnab kerana haiwan itu memerlukan penjagaan yang agak rapi dan jika terlalu banyak, dibimbangi ia tidak mampu dipelihara dengan sempurna.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1232
Kongsi :
Previous post Penderaan fizikal kanak-kanak tertinggi di Negeri Sembilan setakat Jun
Next post Terima deposit pelaburan tidak wujud, lelaki berdepan denda RM150 juta
Ubah saiz-+=