Aura ‘Bossku’ tarik pengundi di PRN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MASJID TANAH 23 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa aura ‘Bossku’ sebagai langkah menarik pengundi muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, pada PRN kali ini, beliau akan kerap turun padang hingga ke peringkat akar umbi untuk melihat sendiri sambutan dan impak daripada jenama tersebut.

“Bossku satu merupakan satu gerakan di peringkat akar umbi UMNO dalam kalangan orang muda, ada juga yang kata dia satu faktor (kejayaan) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

“Tetapi untuk disebabkan PKP dan sebagainya, sudah agak lama saya tidak buat program atas nama Bossku, jadi kita lihatlah keberkesanan dan impaknya (pada PRN) nanti.

“Saya harap ia akan dapat sambutan bila saya turun ke bawah hingga ke akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO di Masjid Tanah yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO NMelaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini.

Dalam pada itu, Najib melaungkan keyakinan agenda yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat menambat hati pengundi pada PRN itu nanti.

“Saya dijemput bersama jentera wanita peringkat negeri dan nasional. Alhamdulilah, saya melihat semangat wanita sangat baik luar biasa dan bersiap sedia berjuang habis habisan menjamin kemenangan parti kita.

“Selain daripada itu, saya ada sebut beberapa perkara untuk diberi perhatian parti dan kerajaan negeri supaya dijadikan sebagai antara agenda kita, lebih lagi kalau kita dipilih semula untuk mentadbir Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

572
Kongsi :
Previous post Wanita UMNO fokus kembalikan keyakinan rakyat
Next post ‘Saya bukan Pengarah PRN Melaka’ – Najib
Ubah saiz-+=