
Bajet 2023: Tambah baik pengangkutan awam di Melaka antara disebut
KUALA LUMPUR 7 Oktober – Menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam menjadi antara yang disebut pada pembentangan Bajet 2023, hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM180 juta diperuntukkan bagi menambah baik capaian bas awam dan menggantikan bas henti-henti di negara ini.
Katanya, antara negeri yang menerima manfaat daripada peruntukan itu ialah Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.
“Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan akan terus mensubsidi kos perkhidmatan dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.
“Bermula tahun depan RM180 juta disediakan bagi menambah baik capaian bas awam di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
“Kerajaan juga akan menggantikan 18 buah bas henti-henti di Kedah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...


