Sorting by

×

BANJIR DI MELAKA SEMAKIN PULIH

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 8 Mac – Keadaan banjir di Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada sembilan orang berbanding lebih 300 mangsa yang direkodkan pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 8 pagi, hanya daerah Jasin masih terjejas banjir.

Jelas kenyataan tersebut kesemua mangsa membabitkan tiga keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.

“Setakat ini, hanya lima kawasan masih terjejas banjir di daerah Jasin iaitu Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Kilang Berapi Barat, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Asam Kumbang dan Kampung Batu Gajah.

“Keadaan banjir di daerah Melaka Tengah telah pulih sepenuhnya semalam selepas kesemua PPS yang dibuka sebelum ini ditutup secara berperingkat bermula pagi semalam,” kata kenyataan itu.

Semalam, Melaka Hari Ini melaporkan, musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin adalah susulan taburan hujan luar biasa yang berlaku pada pagi Khamis.

Pengarah Meteorologi Melaka Muhammad Hafiz Kasim berkata, berdasarkan data, jumlah hujan yang turun di Stesen Meteorologi Utama Lapangan Terbang Batu Berendam adalah 122.0 milimeter (mm), di mana ia hampir menyamai purata taburan hujan jangka panjang bagi tempoh sebulan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post ZAHID HAMIDI BIDAS DAKWAAN KERAJAAN TIDAK PERTAHAN KESUCIAN ISLAM
Next post TIGA TABIKA AUTISME MELAKA MULA OPERASI JULAI DEPAN