
Banjir: Pusat pemindahan terakhir di Melaka ditutup 2 petang tadi
AYER KEROH 30 Dis – Pusat pemindahan sementara (PPS) buat mangsa banjir di Melaka ditutup sepenuhnya, 2 petang tadi, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah APM Melaka Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua lapan mangsa terakhir di SK Parit Penghulu telah dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di rumah masing-masing surut sepenuhnya hari ini.
Katanya, sejak bencana banjir melanda negeri ini 18 Dis lalu, APM telah membuka sebanyak 13 PPS membabitkan sembilan di daerah Jasin, tiga di Melaka Tengah dan satu di Jasin.
Musibah yang berlaku kali ini menyebabkan hampir 1,000 mangsa di negeri ini terpaksa ditempatkan di PPS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FAMA MELAKA MERIAHKAN WRUR DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 September - Nilai jualan Melaka Madani Agro Market sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
MELAKA PANTAU PERKEMBANGAN JEREBU, TIMBANG PEMBENIHAN AWAN JIKA KEADAAN MAKIN TERUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Kerajaan Negeri akan membincangkan langkah lanjut bagi menangani keadaan jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara...
MELAKA SASAR 5,000 PROGRAM KRT TAHUN INI
TANJUNG BIDARA 16 September - Sebanyak 5,000 program membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disasarkan akan dilaksanakan di seluruh Melaka sepanjang...
PUSINGAN U BERTINGKAT JIMATKAN MASA PERJALANAN LEBIH 40 MINIT – KM
TANJUNG BIDARA 16 September - Projek pusingan U bertingkat (elevated U-turn) di Jalan Cheng kini dalam proses penilaian oleh Kementerian...
KEJAYAAN PERTAMA NUR AWADAH SELEPAS LIMA TAHUN DALAM DUNIA PIDATO
AYER KEROH 16 September – Tempoh persediaan singkat tidak menghalang Nur Awadah Mohamad Adli, 14, melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai...
BULATAN SUNGAI BARU ULU, BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 70,000 PENDUDUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Lebih 70,000 penduduk sekitar Masjid Tanah menerima manfaat daripada pembinaan Bulatan Sungai Baru Ulu di...

