Bantu lapor kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan – Sulaiman

AYER KEROH 19 Januari – Orang ramai diseru untuk menjadi sebahagian anggota penguat kuasa untuk melaporkan sebarang kesalahan lalu lintas sepanjang Ops Tahun Baharu Cina, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini.

“Agensi MKJR negeri yang ditubuhkan hari ini diharap dapat bekerjasama dan berganding bahu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri serta agensi penguat kuasa lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Melaka.

photo_2023-01-19_12-46-09
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyempurnakan majlis Pelancaran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Tahun Baharu Cina 2023 peringkat negeri di Pintu Gerbang Lebuh Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah JPJ negeri, Mohd Firdaus Shariff. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Semua pengguna jalan raya khususnya yang masuk ke Melaka diminta mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah disediakan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan itu.

“Selain itu, orang ramai juga diharap dapat menjadi sebahagian daripada anggota penguat kuasa dengan melaporkan sebarang kes kesalahan lalu lintas sepanjang Ops Tahun Baharu Cina 2023 dengan menyalurkan aduan kepada alamat emel JPJ, [email protected],” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran MKJR, Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Tahun Baharu Cina 2023 peringkat negeri di Pintu Gerbang Lebuh Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah JPJ negeri, Mohd Firdaus Shariff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Previous post Melaka aktifkan semula Majlis Keselamatan Jalan Raya
Next post Peguam Najib bantah Hakim Mahkamah Rayuan anggotai panel dengar semakan