Bantu wanita ilmu tangani emosi

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Wanita perlu diberikan ilmu pengetahuan tambahan pengurusan emosi supaya mereka dapat menangani stress dengan baik sekali gus memberi impak positif dalam pembentukan keluarga bahagia.

EXCO Wanita negeri Datuk Kalsom Noordin berkata ilmu pengetahuan tambahan itu perlu merangkumi ilmu berkaitan pengurusan kewangan untuk membantu wanita dalam menguruskan kewangan rumah tangga agar lebih efisien dan berhemah.

“Kerajaan negeri komited isu-isu berkaitan wanita dan merangka pelbagai program bersama agensi kerajaan yang berkaitan bagi membantu wanita bangkit semula terutamanya selepas wabak pandemik COVID-19.

“Wanita adalah tunjang kepada institusi kekeluargaan, namun isu berkaitan wanita seperti tidak berkesudahan terutama semasa wabak COVID-19 yang memberi kesan mendalam terhadap wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Seminar Hak Asasi Wanita di Ames Hotel di sini, hari ini.

KALSOM (tengah) merasmikan Program Seminar Hak Asasi Wanita di Ames Hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Wanita Kristian Melaka, Christabelle Raja Isaiah.

Katanya, sehingga hari ini masih ada aduan dan isu berkaitan penceraian, keganasan rumah tangga, kes bunuh diri, kemurungan, ditinggal gantung tidak bertali dan pelbagai lagi isu baik dari segi sosial, emosi, fizikal dan juga kewangan.

“Justeru, penganjuran seminar ini langkah yang tepat dalam memberikan kesedaran kepada wanita untuk mengetahui akan hak-hak wanita di sisi undang-undang.

“Dengan adanya kesedaran ini diharap agar tiada lagi isu-isu penganiayaan atau penindasan ke atas wanita dan seterusnya dapat membentuk kesejahteraan emosi dan mental wanita.

“Kita menyambut baik usaha dilaksanakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menganjurkan program kesedaran selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan golongan wanita masa kini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

951
Kongsi :
Previous post JKDM patah cubaan seludup 6 kontena minuman keras
Next post PDRM kesan dokumen, saksi di luar negara untuk bantu kes Tawfiq
Ubah saiz-+=