Batik Air beroperasi dari LTAM bermula Jun

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 27 Mei – Syarikat Penerbangan Batik Air yang sebelum ini dikenali Malindo Air bakal beroperasi semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam bermula Jun.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, Batik Air bakal memulakan penerbangan destinasi Melaka-Pulau Pinang dan Pulau Pinang-Melaka.

“Kita ada wujudkan komuniti tidak rasmi  bersama Malindo Air, wakil mereka akan sertai rombongan kita ke Riau, Indonesia dari 8 hingga 12 Jun ini.

“Kita sasarkan sekurang-kurangnya 30,000 pelancong akan gunakan perkhidmatan penerbangan Batik Air ini nanti.

“Saya harap inisiatif ini dapat hidupkan kembali industri pelancongan di Melaka khususnya menggunakan laluan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Halatuju Industri Pelancongan Negeri Melaka, Melaka Excess, Gembox Malaysia dan Sesi Ramah Mesra di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Saari Basiron dan lain-lain kenamaan.

Ujarnya, dengan adanya kembali penerbangan Batik Air Melaka mampu mencapai kira-kira 40 peratus pelancong antarabangsa.

“Kita minta sekurangnya dua penerbangan seminggu bergantung kepada permintaan pelancong.

“Kita akan buat promosi untuk memastikan Melaka sentiasa relevan khususnya dalam industri pelancongan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post PM Malaysia, Jepun bertemu eratkan hubungan dua hala
Next post Malaysia, Thailand tetapkan resolusi jaga keselamatan sempadan
Ubah saiz-+=