
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos – Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar dan global, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh
Dr. Muhamad Akmal berkata, keadaan itu turut berkait dengan penamatan subsidi telur yang sebelum ini membantu memastikan harga telur kekal lebih rendah di pasaran tempatan.
“Dulu kita dapat telur dengan harga murah kerana ada subsidi, tetapi hari ini apabila pasaran meningkat, harga peringkat tempatan juga akan naik.
“Ketika ini bekalan telur di Melaka bukannya tidak cukup sebaliknya melebihi keperluan pasaran,” katanya ketika mengulas mengenai kenaikan harga telur di negeri ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2026 Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, semalam.
Sehubungan itu Dr. Muhamad Akmal menasihatkan pengguna agar tidak risau berkenaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan telur di pasaran tempatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RTB SUNGAI RAMBAI BAKAL NOKTAHKAN RISIKO BANJIR, BERI MANFAT KEPADA 30,000 PENDUDUK
SUNGAI RAMBAI 13 Oktober - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada...
MAIM PERSIAP ANAK ASNAF TEMPUH ALAM KERJAYA
BUKIT KATIL 13 Oktober - Anak asnaf yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi perlu memanfaatkan tempoh pembelajaran untuk membina...
IPU TIDAK SIHAT: SEKOLAH DI MELAKA DITUTUP LAGI ESOK
AYER KEROH 13 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)...
MeSRa PENGANGKUTAN: MELAKA BUKA PELUANG DARI JALAN RAYA KE AWAN BIRU
AYER KEROH 13 Oktober - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) dalam sektor pengangkutan bukan hanya memberi tumpuan kepada kemudahan mobiliti,...
ZON BEBAS KENDERAAN: PELANCONG AKUI LEBIH SELAMAT, SEMAKIN SELESA BERSANTAI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 13 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan mengubah wajah Banda Hilir, seterusnya menawarkan pengalaman bersantai di Melaka dalam...
MELAKA PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA ANAK AUTISME
DUYONG 13 Oktober - Seminar Keibubapaan dan Pendidikan Inklusif 2026 menjadi platform untuk memperkukuh pemahaman ibu bapa mengenai autisme, khususnya...

