Bekas Exco Melaka, Datuk Wira Ab Karim meninggal dunia

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MASJID TANAH 16 Ogos – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Wira Ab Karim Sulaiman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Pulau dekat sini, kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi catatan Facebook rasminya yang mengunjungi kediaman keluarga Allahyarham malam tadi.

“Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

367732541_729754319163262_386469875282798649_n
AB Rauf memberikan penghormatan kepada Allahyarham Datuk Wira Ab Karim Sulaiman di kediaman keluarga di Kampung Pulau. Foto Facebook Ab Rauf.

Allahyarham Ab Karim, 75 sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital di Melaka akibat penyakit jantung.

Beliau pernah memegang jawatan Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi Adun Sungai Udang pada Pilihanraya Umum ke-10 (PRU10) sebelum menjadi Adun Tanjung Bidara selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11).

Ab Karim pernah dilantik menjadi Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam  dan Exco Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka sebelum bersara pada tahun 2013.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Jeram selepas Zohor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1224
Kongsi :
Previous post Naik taraf pembetung atasi banjir lumpur
Next post UTeM beri penghargaan kepada lebih 300 kakitangan
Ubah saiz-+=