UTeM beri penghargaan kepada lebih 300 kakitangan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 Ogos – Lebih 300 kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasa Bakti (AJB) , baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr. Massila Kamalrudin berkata, daripada jumlah itu, seramai 152 kakitangan menerima APC manakala 165 lagi diberikan penghargaan AJB.

Katanya, anugerah itu satu pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan UTeM yang menghasilkan kualiti perkhidmatan cemerlang dan memenuhi kehendak pemegang taruh serta kumpulan sasar.

“Pemberian APC ini menjadi pembakar semangat kepada warga UTeM dalam memacu universiti ke arah lebih berdaya saing dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Saban tahun kita berusaha untuk melonjakkan lagi visibitili UTeM menerusi penarafan antarabangsa atau ‘world rankings’ agar berjaya direalisasikan.

“Pretasi UTeM dalam sistem penarafan ini menunjukkan kemajuan positif menerusi peningkatan kedudukan pada aras yang lebih membanggakan.

“Alhamdulillah berkat daripada ketekunan dan usaha yang tidak berbelah bagi daripada semua warga UTeM, akhirnya UTeM telah disenaraikan di dalam ‘QS World Ranking’,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian AJB yang merupakan anugerah diperkenalkan UTeM bagi mengiktiraf dan menghargai staf yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan melebihi 20 tahun.

Terdapat juga anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) kepada empat kakitangan UTeM yang mencapai kecemerlangan luar biasa dan berdedikasi tinggi.

UTeM juga melakukan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023 peringkat UTeM bersama lebih 1,800 kakitangan UTeM.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ir Dr. Ghazali Omar, TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif dan Ketua Pegawai Operasi UTeM, Masdzarif Mahat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1963
Kongsi :
Previous post Bekas Exco Melaka, Datuk Wira Ab Karim meninggal dunia
Next post Tampil lebih sopan, peserta berkain pelikat tendang bola
Ubah saiz-+=