
Belian minyak masak terpakai bantu industri biodiesel
AYER KEROH 9 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan Program Belian Semula Minyak Masak Terpakai sebagai inisiatif ‘hijau’ pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, minyak masak terpakai yang dikumpul akan dibeli pihak swasta berlesen dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan harga RM1 sekilogram.
“Minyak masak ini kemudian dijual untuk diproses menjadi biodiesel dan secara tidak langsung membantu industri terbabit mendapatkan sumber bahan api dan memelihara alam sekitar.
“Pembuangan minyak masak dalam sinki secara berleluasa boleh menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan mendatangkan haiwan perosak seperti tikus dan lipas,” katanya pada MHI.
Ujarnya, setakat semalam sejumlah 377 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan.
“Kita harap anggota MBMB terus menyokong program inisiatif hijau ini sekali gus memberi peluang menjana pendapatan sampingan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...

