Bendera putih: Menang atau kalah?

0
600
DAK mat.
GAMBAR hiasan.

 

Tular di media sosial perdebatan mengenai bendera putih. Ia mengenai wajar atau tidak mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan. Masing-masing dengan pendirian wajar atau tidak.

Mat nak cakap, isu pokok di sini adalah isyarat meminta bantuan. Gunalah isyarat apa pun, asalkan yang meminta dapat menerima bantuan. Bagi yang mahu menghulur, asalkan mereka faham isyarat tersebut, cukuplah.

Memanglah bendera putih adalah isyarat kekalahan. Namun dalam ‘keadaan’ ini, ia tidak bermaksud demikian. Bendera putih ketika ini diertikan sebagai isyarat memohon bantuan segera.

Tidak perlu berdebat panjang. Fahami isyarat dan bertindaklah menghulur bantuan. Isyarat terbuka lebih mudah dilihat. Sesiapa yang nampak boleh membantu segera atau membuat hebahan. Kurang birokrasi.

Ramai di luar sana sedang berhadapan cabaran getir meneruskan kehidupan. Kurangkanlah polemik, lebihkan tindakan.

Kita berada dalam norma baharu sekarang. Maksud asalnya tetap tidak berubah. Cuma disesuaikan dengan keadaan sekarang. Usah terlalu terikat dengan ego dan pemahaman yang ‘rigid’.

Mat teringat bait-bait puisi Allahyarham Zubir Ali. “Banyak bakti yang dapat diberi, dalam hidup yang sesingkat ini” dari puisinya yang berjudul “Siapa Yang Tak Pernah Menangis”.

Maka, teruskan berbakti! Jangan sesekali kita terperangkap dengan kemelut yang memagar unsur negatif dalam diri kita.

#kitajagakita

Dak Mat: Mat kibar bendera England je musim Euro 2020.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.