
Benjy sudah tiada
KUALA LUMPUR 11 Julai – Pelakon Benjy Ibrahim atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini.
Perkara itu disahkan bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, seperti dilaporkan Astro Awani.
Katanya, berita kematian anaknya itu diketahuinya selepas menerima panggilan telefon daripada rakan Allahyarham pada jam 11 pagi tadi.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” katanya kepada Astro Awani menerusi WhatsApp.
Menurut Khairil, jenazah Benjy akan dikebumikan di Medan, Indonesia.
Sebelum ini, anak sulung aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu pada 2017.
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya buat masa ini sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.
“Kami sedang berhubung dengan wakil Malaysia di sana, perkembangan terbaharu akan diberitahu kelak,” kata Setiausaha Agung SENIMAN, Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HONDA HRV TERBALIK, TOYOTA 86 RENTUNG AKIBAT KEMALANGAN
AYER KEROH 5 November - Sebuah kereta Toyota 86 rentung selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV...
WRUR: LEBIH 40 PERATUS ADUAN SEPANJANG WRUR DUN DURIAN TUNGGAL DISELESAIKAN
DURIAN TUNGGAL 5 November - Lebih 40 peratus daripada keseluruhan aduan dikemukakan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR: ‘RUMAH DIBAIK PULIH BAGAI SATU RAHMAT BESAR’
DURIAN TUNGGAL 5 November - Dua penerima bantuan menerusi Program Masyarakat Di Hati Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tahun 2025...
WRUR: KACAU DODOL KAMPUNG PANCHOR LUAR BIASA MERIAH
DURIAN TUNGGAL 5 November – Tradisi ‘Kacau Dodol Sekampung’ bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR: MPHTJ ARAHKAN PEMAJU ATASI SEGERA MENDAPAN TANAH
AYER KEROH 5 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan memastikan kejadian mendapan tanah melibatkan beberapa buah kediaman...
WRUR: SENTUHAN JIWA CIKGU ZAIDI DALAM SENI KHAT
DURIAN TUNGGAL 5 November - Walaupun sudah 10 tahun meninggalkan dunia pendidikan, minat mendalam terhadap seni khat membuatkan Zaidi Osman,...

