
BERBUKA DENGAN SAMBAL PETAI UDANG GALAH, BUFET RAMADAN HOTEL MITC TAWAR LEBIH 200 MENU
AYER KEROH 5 Mac – Bukan sahaja rambang mata memilih lebih 200 aneka jenis juadah, Hotel MITC turut menawarkan suasana berbuka puasa berkonsepkan taman yang pastinya memberikan ketenangan kepada pengunjung selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Mengekalkan slogan āCitarasa Cef Rahimā tawaran bermula 3 hingga 29 Mac ini, Bufet Ramadan Hotel MITC menggabungkan pelbagai menu tradisional Melayu dan antarabangsa.
Cef Rahim berkata, bagi memenuhi citarasa pengunjung dan mahu membawa kelainan pihaknya menyusun menu menarik yang ditukar setiap lima hari sekali.
āHidangan ditawarkan lebih kepada lauk berasaskan makanan laut seperti udang, ketam dan sotong. Tahun ini kita kekalkan konsep sama, jika yang lepas menu kita hanya 180 namun tahun ini kita tambah lebih kurang 30 lagi juadah menjadikan lebih 200 pilihan makanan.

āSementara itu minuman pula kita sediakan lebih 20 jenis air yang menarik, termasuk resepi air yang tular di laman sosial.
āUntuk juadah kita kekalkan sajian yang ākickā seperti kambing bakar, lapan jenis bubur, ulam dan menambah pencuci mulut serta beberapa sajian lain,ā katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tinjauan berbuka puasa di Hotel MITC mendapati hidangan yang paling ‘laris’ atau menjadi pilihan utama pengunjung untuk berbuka adalah sambal petai udang galah.
Menurut Cef Rahim, pihaknya menggunakan hampir 40 kilogram (udang galah bagi melengkapkan juadah pilihan.
āRamai juga yang menyatakan mereka gembira dan puas hati dapat menikmati udang galah sambal petai yang disajikan.
āJuadah itu merupakan antara lima menu harian yang berlainan, hari ini udang galah, esok pula ketam seterusnya sotong.
āApa yang boleh dikongsikan, kita gunakan bahan berkualiti memang dijamin puas hati,ā katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


