
Berebut nak namakan anak kambing gurun
AYER KEROH 7 Julai – Sebanyak 149 penyertaan diterima bagi menamakan anak kambing gurun jantan atau dikenali sebagai Serow yang baru dilahirkan di Zoo Melaka sejak 1 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Zoo dan Taman Burung Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Zanariah Khamis berkata, orang ramai diberi peluang untuk menamakan anak Serow menerusi Program Menamakan Anak Serow yang dianjurkan selama sebulan itu.
Katanya, dalam tempoh seminggu pihaknya sudah menerima sebanyak 149 penyertaan dan orang ramai masih dialu-alukan untuk terus menyertai program tersebut.
“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai ini.
“MPHTJ akan mengumumkan pemenang bertuah selepas Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya ketika dihubungi di sini.
Anak kambing dari spesis Sumatran Serow atau Capricoris Sumatraensis yang baru berusia sebulan itu adalah kelahiran pertama daripada baka induk, selepas kira-kira 15 tahun ditempatkan di Zoo Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
MEDIPULIH PERKASA KESEJAHTERAAN 200 PEKERJA TKR MANUFACTURING
PANTAI KUNDOR 22 Julai - Seramai 200 pekerja TKR Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd menerima Kad Rahmah Bloom Mekar sebagai inisiatif...
TANAMKAN JATI DIRI BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT DALAM KALANGAN ANAK MELAKA
MERLIMAU 22 Julai - Usaha untuk menanamkan jati diri 'Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat' hasil cetusan idea Ketua Menteri...
MAIM PERMUDAH URUSAN BANTU PENERIMA BAITULMAL UZUR
KOTA LAKSAMANA 22 Julai – Penerima bantuan baitulmal yang uzur atau tidak berupaya untuk hadir ke kaunter Majlis Agama Islam...
WARISAN MELAKA TARIK MINAT MUZIUM SHAANXI, CHINA
BANDA HILIR 22 Julai - Serpihan porselin ditemui di perairan Pulau Melaka bukan sekadar artifak bersejarah, ia sebenarnya memiliki nilai...
MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib...
MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF
AYER KEROH 21 Julai - MITC Hotel Melaka mencipta suasana istimewa apabila menganjurkan program Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia...
