Zoo Melaka kawal lawatan pengunjung

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 7 Julai – Zoo Melaka terus menjadi lokasi pilihan pengunjung ke negeri ini apabila merekodkan kedatangan seramai 33,312 pengunjung dalam tempoh 10 Jun sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Zoo dan Taman Burung Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Zanariah Khamis berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Zoo Melaka terus menjadi perhatian pengunjung yang membawa ahli keluarga untuk bercuti ke negeri ini.

Katanya, ini terbukti apabila jumlah pengunjung semakin bertambah setiap minggu.

“Sejak PKPP sehingga semalam, seramai 33,312 pengunjung direkodkan manakala Taman Burung adalah seramai 1,842 orang,” katanya ketika dihubungi MHI di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya memberi kelonggaran untuk membenarkan kehadiran pengunjung memasuki Zoo Melaka berdasarkan kapasiti di kawasan kandang haiwan.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menetapkan 1,000 pengunjung dibenarkan memasuki Zoo Melaka bagi dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Kita beri kelonggaran membenarkan pengunjung masuk melebihi jumlah yang ditetapkan secara terkawal.

“Sekiranya penuh, jualan tiket akan dihentikan dalam tempoh 15 hingga 30 minit bagi memberi ruang kepada pengunjung keluar terlebih dahulu,” katanya.

Views:

439
Kongsi :
Previous post Pesakit strok terima sumbangan
Next post Berebut nak namakan anak kambing gurun
Ubah saiz-+=