Berkempen guna lori, dekatkan diri dengan pengundi

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

PAYA RUMPUT 11 Nov – Tidak mahu ada di antara golongan dan lapisan masyarakat yang tersisih daripada menerima maklumat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin, mengambil pendekatan berkempen secara menyeluruh.

Menurut beliau, dalam suasana berkempen norma baharu ini pelbagai aspek dan medium perlu diambil kira dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat khususnya pengundi dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, walaupun media sosial dilihat sebagai medium terbaik namun ada peringkat umur yang tidak dapat atau pandai mengaksesnya.

“Sekarang kalau hendak kira platform media sosial dan cetak kita sudah pergi melebihi 65 peratus, almost full swing kempen.

“Pasal kita sudah tidak ada sasaran orang muda atau sudah berusia. Kita bergerak secara menyeluruh kerana ini adalah satu kempen yang sangat berlainan dari sebelum ini,” katanya.

RAIS

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, penggunaan lori yang diubah suai menjadi platform menyampaikan maklumat calon digunakan kini amat membantu dirinya.

“Di sini (Paya Rumput) terdapat kira-kira 30 peratus warga yang sudah berusia dan perlu disantuni jadi penggunaan lori dan edaran risalah membantu menyampaikan maklumat serta memperkenalkan diri saya sebagai calon.

“Lori ini akan bergerak untuk tempoh 10 jam sehari ke kawasan kampung dan memperkenalkan saya kerana rakyat perlu kenal calon yang ingin mereka pilih pada hari mengundi nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar berkata, beliau yakin gerak kerja dilakukan jentera BN kini jauh kedepan kerana mereka tidak menunggu apabila adanya Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRN.

“Sebenarnya gerak kerja turun padang sudah lama kerana kita pun tidak tahu akan ada PRN. Di Dun Paya Rumput ini sudah merata kita pergi. Jadi bukan kerana PRN.

“Kerana kita tahu keadaan rakyat dan masyarkat yang memerlukan bantuan, senang cerita denyut nadi rakyat ini sentiasa dirasai oleh kami jentera BN,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

989
Kongsi :
Previous post BN Melaka perjuang HSR KL-S’pura diteruskan jika diberi mandat
Next post Tiada ruang buat mereka yang tidak setia – Rauf
Ubah saiz-+=