Berkorbanlah…

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat
DAK MAT

MASIH lagi tentang pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Hujung minggu lalu, lebih 4,000 kenderaan telah diarah berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR)sekitar Lembah Kelang.

Mereka sanggup mengambil risiko disaman hanya kerana mahu keluar dari Lembah Kelang.

Mungkin ‘lambaian’ desa begitu kuat. Aidiladha mahu disambut di kampung
dengan penuh kemeriahan.

Mahu berkumpul beramai-ramai, bergotong royong menyediakan juadah hari raya bersama keluarga.

Tetapi, itu dahulu. Kini, lupakanlah sementara kemeriahan tersebut. Usah diingat suasana riuh rendah keluarga menyediakan juadah raya.

Sekarang, pilihan hanya satu. Patuh SOP! Rangkaian jangkitan pandemik
yang tersebar perlu diputuskan. Ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dari kita semua.

Kesan dari pergerakan pulang ke kampung semasa Aidilfitri lepas masih
jelas. Kes naik mendadak diikuti pertambahan kluster balik kampung di beberapa negeri. Bilangan yang terkorban juga bertambah.

Kita kini di zaman serba canggih. Jika rindu ayah, ibu serta sanak saudara di kampung, manfaatkanlah teknologi yang ada.

Banyak platfom dan aplikasi menyediakan panggilan atau sidang video se- cara maya. Gunakan ia untuk melepaskan rindu dendam buat sementara waktu.

Paling penting adalah pematuhan arahan dan SOP. Kita sama-sama ber- juang melawan pandemik ini. Ini kita lakukan demi kebaikan bersama di masa hadapan. Pengorbanan kita semua dituntut!

Dak Mat : Rindu ‘dikejar’ lembu korban yang terlepas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

658
Kongsi :
Previous post Kerajaan lulus cadangan perolehan 16 unit dron VTOL untuk PDRM
Next post Speaker tegas dengan keputusan, isu darurat dijawab Isnin
Ubah saiz-+=