Bersukan sambil ‘cuci mata’

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDAR MELAKA 29 Oktober – Penganjuran Melaka River Fun Walk Fit Forever yang diadakan di pesisiran Sungai Melaka berupaya mempromosikan lokasi menarik di Melaka di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada program gerakan nasional bertujuan menyokong usaha ke arah sebuah negara bersukan.

Menurutnya, kira-kira 2,000 peserta yang menyertai program tersebut telah berjalan kaki sejauh lima kilometer bermula dari Monorel Hang Jebat hingga ke Nasi Lemak Kampung Morten.

“Sepanjang laluan ini, peserta dapat melihat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan, di samping mempromosi tempat pelancongan Negeri Melaka.

“Selain menekankan kepentingan gaya hidup aktif, program ini juga berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan mesyarakat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya.

IMG-20221029-WA0008
KALSOM ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Melaka River Fun Walk Fit Forever, hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Melaka Datuk Haryaty Hamdzah; Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah Norazlin Sarun.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, program sukan seumpama itu turut memupuk semangat Keluarga Malaysia dengan penglibat masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Besar harapan saya agar program-program sukan seumpama ini digiatkan lagi di semua peringkat dan dijayakan sebaiknya dengan penglibatan lebih ramai rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2800
Kongsi :
Previous post Melaka jadi tumpuan atlet ‘triathlon’ dunia
Next post Tiga beranak maut: Pemandu lori direman tiga hari
Ubah saiz-+=