
Tiga beranak maut: Pemandu lori direman tiga hari
MELAKA, 29 Okt – Seorang pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut di KM216 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jejantas Ayer Keroh semalam, direman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu.
Semalam, dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori kira-kira pukul 11 pagi, mengorbankan tiga beranak, Zubaidah Abd Rajak dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi yang baharu berumur setahun.
Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan, telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon apabila kereta dipandu Muhammad Nazirul Syafiq yang datang dari arah belakang, melanggar lori berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: 817 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS LAYAK UNDI AWAL DI IPK
AYER KEROH 10 November - Seramai 817 pegawai dan anggota polis dijadual menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Ibu Pejabat...
PRN MELAKA: 9,769 WARGA TENTERA, PASANGAN LAYAK UNDI AWAL
SUNGAI UDANG 10 November - Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal...
DANA RM50 JUTA: UMNO SEDIA DIAUDIT BILA-BILA MASA
PANTAI KUNDOR 10 November – UMNO bersedia akaun kutipan sumbangan bagi melunaskan denda RM50 juta mantan Perdana Menteri, Datuk Seri...
PN KUMPUL BUKTI, TINDAKAN TERHADAP BERSATU SELEPAS PRN
PANTAI KUNDOR 10 November – Perikatan Nasional (PN) sudah mengumpulkan bukti bagi mengambil tindakan tatatertib terhadap BERSATU selepas Pilihan Raya...
PRN MELAKA: AB RAUF INGATKAN JANGAN TERSILAP PILIH
TANJUNG BIDARA 10 November - Pilihan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bukan sekadar menentukan...
FOKUS GERAKKAN PENGUNDI MAMPU TERJEMAH KEMENANGAN BN-PN – ASYRAF WAJDI
PANTAI KUNDOR 10 November - Jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menumpukan usaha menggerakkan pengundi keluar ke...
