‘Biar untung 10 sen’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 14 Mac – Konsep Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang diperkenalkan wajar diperluaskan bagi membantu pelanggan khusus umat Islam mendapatkan juadah berbuka pada harga lebih berpatutan.

Peniaga, Nor Haslinda Abu Hasan, 49, berkata, meskipun dibebani kos bahan mentah yang tinggi dia berpendirian untuk mengekalkan harga jualan meskipun sekadar menikmati keuntungan 10 sen sahaja bagi sesetengah set kuih ditawarkan kepada pelanggan.

Nor Haslinda berkata, dia menjual 60 aneka jenis kuih hasil air tangan 10 wanita yang juga sahabat-sahabat daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Kuih ini dijual secara set bermula dari RM2 hingga RM6. Setiap peserta menyediakan sekurang-kurangnya lapan jenis kuih, meskipun untung tidak besar saya mesti habiskan juga.

“Jika kuih berkenaan memakan kos yang lebih kami akan kecilkan sedikit saiznya, tetapi daripada segi kualiti dan rasa kami kekalkan,”katanya ketika ditemui di BRR Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Sementara itu tinjauan Melaka Hari Ini mendapati bazar berkenaan menjadi tumpuan dalam kalangan umat Islam yang mahu mendapatkan juadah berbuka.

Namun, masih ada segelintir peniaga yang tidak mempamerkan harga jualan makanan meskipun memasuki hari kedua operasi bazar berkenaan.

Selain itu semakin ramai peniaga yang mula beralih kepada urusniaga digital dengan melaksanakan sistem jual beli tanpa tunai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

864
Kongsi :
Previous post Harga ayam percik kekal macam biasa
Next post Projek jangka panjang pengairan sawah padi bermula hujung tahun ini
Ubah saiz-+=