Harga ayam percik kekal macam biasa

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 14 Mac – “Bukan hanya kekalkan harga, malah bahagian (saiz) ayam percik dijual juga sama. Bagi saya apa yang paling penting adalah menjaga kepuasan hati pelanggan,” kata peniaga ayam percik di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Jalaludin Hasan, 47.

Katanya, kos bahan mentah khususnya bekalan daging ayam yang kebiasaan dalam trend menaik bermula Ramadan hingga Aidilfitri menjadi masalah utama dalam kalangan peniaga sepertinya.

Namun Jalaludin, menggunakan pengalaman yang dimiliki untuk untuk menyeimbangkan antara permintaan dan penawaran (demand and supply) agar tidak mengalami kerugian.

“Harga ayam tahun lalu lebih mahal iaitu RM8.30 satu kilogram (kg), tapi kali ini sekitar RM8.10 satu kg sahaja. Jadi saya kekalkan harga RM6.50 bagi satu set ayam percik, malah tidak akan mengecilkan ‘portion’.

“Memang sudah adat dalam berniaga kena bijak untuk menghadapi semua ini, tidak boleh terlalu berkira jadi pada masa yang sama kami juga berpeluang untuk beramal dan bersedekah bersepanjang Ramadan,” katanya.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati, kebanyakkan harga jualan yang dijual di bazar itu masih lagi munasabah dan tiada sebarang kenaikan luar biasa berlaku.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1183
Kongsi :
Previous post Ladang benih padi MR297 dilaksanakan Nov ini
Next post ‘Biar untung 10 sen’
Ubah saiz-+=