Sorting by

×

Bincang isu had umur belia

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 29 Julai – Selaras dengan had umur belia di peringkat antarabangsa di bawah had umur 30 tahun, Majlis Perundingan Belia Negara akan bertindak sebagai platform perbincangan isu had umur di peringkat negeri dan daerah.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, perbincangan tersebut sebagai persediaan untuk menyelaraskan had umur belia di semua negeri.

Katanya, di peringkat Parlimen telah dicadangkan untuk had umur belia diturunkan dari 40 tahun kepada 35 tahun, untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dengan negara-negara luar.

“Sebagai persediaan untuk selaraskan had umur belia seperti yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa, kita di peringkat negeri wujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka.

“Di parlimen telah dicadangkan had umur belia dari 18 hingga 35 tahun manakala had umur belia di peringkat antarabangsa hanya sehingga 30 tahun, dan menerusi Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri ini akan membincangkan pelbagai hal pembangunan dan hal ehwal belia untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Negeri Melaka Sidang 2, Penggal ke-33 Tahun 2021-2022 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di Hotel Muzafar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan kenamaan lain.

Seramai 136 perwakilan melibatkan 20 persatuan belia hadir pada persidangan itu bagi mengetengahkan isu-isu pembanunan belia setempat untuk dipanjangkan kepada pihak kerajaan.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka dijangka akan dilaksanakan pada bulan November depan dan sehingga kini kertas kerja DUN Belia Melaka masih di peringkat pemurniaan sebelum dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka sebelum proses pemilihan calon dilakukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3280
Kongsi :
Previous post Warga UTeM pamer prestasi cemerlang setiap tahun – Dr Massila
Next post Polis tahan tiga lelaki dipercayai terlibat dua kes samun
Ubah saiz-+=