Warga UTeM pamer prestasi cemerlang setiap tahun – Dr Massila

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

DURIAN TUNGGAL 29 Julai – Seramai 148 warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sekali gus menunjukkan purata markah bagi penilaian prestasi bagi tahun 2021 sebanyak 87.26 peratus.

Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin berkata ia membuktikan kecemerlangan Keluarga UTeM semakin meningkat setiap tahun berbanding sebanyak 86.96 peratus pada tahun 2020.

“Tahun 2021 juga mencatat sejarah yang mana UTeM turut meraikan seramai 121 ahli Keluarga UTeM menerusi Anugerah Jasa Bakti (AJB) di atas kesetiaan berkhidmat sebagai penjawat awam selama 20 tahun, ini adalah jumlah terami penerima AJB dalm sejarah UTeM.

“Diharap dengan pemberian anugerah ini ia menjadi pembakar semangat ahli Keluarga UTeM dalam memacu universiti ke arah yang lebih berdaya saing dan mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Naguerah Sanjungan Universiti 2021 UTeM di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar dan lain-lain pengurusan tertinggi UTeM.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin (tengah) bergambar dengan penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Sanjungan Universiti 2021 di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Dr Massila berkata anugerah itu buka hanya sebagai tanda menghargai pencapaian dan sumbangan Keluarga UTeM, malah menjadi pendorong dan teladan kepada kakitangan yang lain.

“Kakitangan yang baru atau lama perlu terus berusaha meletakkan diri pada satu tahap yang cemerlang dalam pelbagai aspek termasuklah hal-hal akademik, penyelidikan, penerbitan dan pengurusan pentadbiran.

“Kualiti perkhidmatan diberikan semua warga UTeM membuktikan pencapaian UTeM secara keseluruhannya, pencapaian ini tidak akan diperolehi tanpa usaha semua,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1931
Kongsi :
Previous post Roslan Ariffin dilantik CEO Bernama yang baharu
Next post Bincang isu had umur belia
Ubah saiz-+=